Monday, 20 January 2014

Masker Buah,pasti Kulit anda Mulus!







Assalamualaikum,

Sebelum ni saya ada kongsikan dengan anda semua tentang kebaikan Masker from Energizing Soy Protein @ lebih dikenali sebagai ESP,yang mana dapat membantu dalam merawat masalah kulit berminyak,berjerawat dan sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka.Boleh rujuk di sini (http://aishahdania60.blogspot.com/2014/01/hilangkan-jerawat-dengan-masker-esp.html)

Dan pada hari ini pula,saya dengan sukacitanya nak berkongsi lagi dengan anda semua tentang cara untuk buat masker bagi kulit jadi lebih mulus dan gebuuuu! Untuk buat masker kali ini,buah-buahan menjadi sasaran...senang jer kan! ^_^

                      
                     So,jom kita tengok apa buah yang sesuai untuk dijadikan masker kat muka.

Tapi sebelum tu...saya nak beri beberapa TIP agar masker yang anda buat dapat bertindak dengan maksimum khususnya pada wajah..


Pertama : Basuh wajah dengan air suam untuk membuka pori-pori wajah agar penyerapan lebih sempurna.
Kedua   : Pastikan wajah dalam keadaan bersih.Cuci wajah dan bersihkan daripada sisa krim,kosmetik atau  kotoran sebelum menggunakan masker.
Ketiga   : Selalu aplikasikan masker sampai ke leher.Ini bertujuan untuk memastikan warna kulit wajah anda tetap serasi dengan leher dan tidak terlihat jauh berbeza.
Keempat : Anda perlu berbaring & kurangkan bercakap ketika menggunakan masker untuk hasil yg maksimum.
Kelima    : Gunakan 2 potongan nipis timun untuk menutup mata supaya tubuh lebih relaks.



Berikut adalah beberapa jenis buah yang dapat dijadikan masker wajah.


1) TIMUN




-Timun dapat menghaluskan wajah.

# Cara membuat & menggunakannya :
-Kisarkan timun,tambahkan susu tepung @ susu cair tanpa gula dan air sehingga adunan menjadi sebati.Oleskan pada wajah selama lebih kurang 30 minit.

2) LIMAU NIPIS



-Kaya dengan vitamin C & asid sitrat.Kandungan asamnya boleh membantu menegangkan pori-pori kulit,menghalang kotoran yg tersumbat pada kulit sehingga membuat kulit kelihatan lebih cerah.
-juga boleh mengatasi JERAWAT.

# Cara membuat & menggunakannya :
-Ambil sebiji telur dan asingkan putihnya.Pukul putih telur lalu dicampurkan dgn perahan air limau nipis sedikit demi sedikit.Adun sehingga membentuk campuran yg sebati hingga kelihatan seperti masker.
Ratakan pada wajah dan biarkan selama 20 minit.


3) Avokado



-mengandungi minyak yg mudah diserap kulit sehingga boleh berfungsi sebagai pelembap semula jadi.Selain itu,juga mengandungi vitamin A,K,C,zat besi & antioksidan yg boleh melawan tanda-tanda penuaan pada kulit.

# Cara membuat & menggunakannya :
-Untuk melembapkan kulit kering di bahagian bermasalah,campur 1/2 biji avokado dengan 1 sudu teh minyak zaitun @ madu. Gaul rata hingga mendapat tekstur masker.Ratakan masker avokado pada kulit yg bermasalah & biarkan selama 15 minit.


4) TOMATO



-mengandungi protein,fosforum,zat besi,zink,vitamin A,B1, dan C.Warnanya yg merah dengan rasa sedikit masam dapat membuatkan kulit jadi lebih halus.

# Cara membuat & menggunakannya :
-Ambil tomato yg sudah masak,hiris dan gosokkan pd bahagian kulit yg bermasalah dan kasar.Lakukan setiap hari untuk kesan yg lebih cepat.Kemudian,basuh dengan air sejuk agar  pori-pori kulit tertutup kembali.


5) EPAL


-kaya dengan kolagen yang akan menjaga kulit agar kekal muda.

# Cara membuat & menggunakannya :
-Campur epal yang telah dikisar dengan madu,air mawar dan mil oat.Setelah rata,oleskan pada wajah.


6) PISANG



-mengandungi zat besi,magnesium dan kalium.Selain itu,pisang juga kaya dengan vitamin A,B dan E.

# Cara membuat & menggunakannya :
-Hancurkan pisang dan sapukan pada wajah.Biarkan selama 10 minit.kemudian bilas.


7) SENGKUANG




-Dapat membantu kulit wajah menjadi lebih putih untuk semua jenis kulit.Sengkuang juga bermanfaat untuk menegangkan dan melembapkan kulit.

# Cara membuat & menggunakannya :
-Kisarkan sengkuang,campurkan dengan sedikit madu dan perahan air limau nipis.Sapukan pada kulit yang bermasalah seperti wajah,siku atau lutut selama lebih kurang 30 minit.



                   "Semoga TIPS KECANTIKAN di atas dapat membantu anda yar!"

                                           

                                                   SELAMAT MENCUBA!!!

                                                                   ^_^

Thursday, 9 January 2014

Hilangkan jerawat dengan masker ESP shaklee!

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Jerawat! Ohhh tidak!!!





   Ramai orang diluar sana tak sukakan jerawat kan.Especially kaum hawa.Kalau start tumbuh jerawat kat muka,even satu jer pun cukuplah...Errr..mesti stress punya!Nak keluar rumah pun kadang-kadang tu malu!Tu baru satu..macam mana pulak kalau dia tumbuh bak cendawan yang segarrrr lagi bugarrr kat atas muka???



   Saya pernah alaminya..aduh,perasaan time tu hanya ALLAH s.w.t saja yang tau.Bila keluar rumah jer semua orang akan tegur."Eh,kau pakai produk apa ni,sampai muka ko jadi macam ni?"..Time tu malu memang tak yah nak cakap lah..teballl jer muka nih.
Sampai satu hari tu,abah saya tegur muka saya.."Jerawat banyak sangat kat dahi tu,sampai bentuk dahi pun dah tak nampak..." Fuhh dahsyat benor dah tu,sampai rupa dahi pun tak nampak.Habis dahi aku ni nampak macam mana??? Time tu jerawat saya memang banyak giler-giler kat dahi,sampai bengkak dahi saya.Sebab tulah,abah saya kata macam tu...hmmm..sedih lagi pilu!!!


Ok,sekarang ni kita tak yah fikir pasal jerawat tu.Kang lagi fikir lagi banyak dia tumbuh.Jangan stress-stress.

Sekarang ni,asha nak tunjukkan kepada anda semua cara  nak buat masker dengan menggunakan powder Energizing Soy Protein @ ESP untuk bantu hilangkan jerawat di muka.

1) Pertama sekali,sediakan bahan..Eh,silap...baca Bismillah dulu yer kawan-kawan ^_^

2) Bahan yang diperlukan simple sangat-sangat dan mudah didapati di mana-mana pasaraya.
-Yogurt asli (plain yogurt)
-ESP powder..
-bekas yang bersih (penting untuk elak bakteria pada jerawat)





3) Ambil dalam satu setengah sudu kecil yogurt ( asha selalu guna sudu yogurt tu sendiri) dan campurkan dengan satu sudu kecil ESP powder.



4) Bila dah jadi mcm ni gaul jer sampai sebati


5) Lepas cuci muka dengan air suam ( untuk buka pori-pori yer) , sapu campuran bahan tadi kat muka.




6) Ratakannya keseluruh muka dan biarkan sampai kering.(Biasanya dalam 30-40 minit) Lepastu,bolehlah cuci muka.INGAT yer,cuci muka bersih-bersih..boleh cuci dengan air sejuk pula untuk tutup balik pori-pori yang terbuka tadi.


Haa..senang jer kan..lepas ni boleh la cuba yer dan tengok sendiri hasilnya..masker ESP shaklee ni bukan saja boleh bantu hilangkan jerawat,tapi juga melembutkan dan melembapkan kulit wajah kita.

Ok kawan-kawan,SELAMAT MENCUBA!!!





Friday, 3 January 2014

Kepentingan Vitamin C pada PEROKOK.

Assalamualaikum,


Apabila menyentuh topik mengenai vitamin C,yang terlintas dalam kotak fikiran kita apa dia? Hmm.. mesti yang ada fikir macam ni kan?? 'Vitamin C ni penting sangat untuk kulit,kalau nak cantik wajib ambik vitamin C'..dan ada juga yang akan fikir ' Vitamin C ni penting untuk sistem imun badan kita,bantu elak dari demam,selesama,batuk'...dan macam-macam lagi yang boleh ada dalam fikiran kita pasal vitamin C ni.

TETAPI,adakah anda terfikir bahawa VITAMIN C ini SANGAT SANGAT PENTING UNTUK INDIVIDU YANG MEROKOK???

Sebab apa saya kata macam ni? sebab...

Sebatang ROKOK boleh memusnahkan 25mg vitamin c yang ada dalam badan.Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada @ hanya sedikit sahaja kandungan vitamin C dalam tubuh badan mereka.

Haaa...yang tu kalau sehari dia hisap 20 batang.Cuba BAYANGKAN kalau sehari 20 batang untuk 10 tahun akan datang.20 tahun,30 tahun...Berapa jer yang tinggal dalam badan?Entah-entah tak sempat vitamin C tu nak 'bernafas' dalam badan,tup tup dah 'mati' kena tembak dengan nikotin rokok tu.

Aduh,sedih-sedih...Kesian dekat Vitamin C tu kan!

Okaylah,sekarang ni saya nak review sikit pasal VITAMIN C ..haaa baca molek-molek deh!

-Vitamin C juga dikenali sebagai Ascorbic Acid.
- larut dalam air.Mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh.
-tidak dihasilkan oleh mana-mana sel tubuh badan kita.
-mudah rosak bila terdedah kpd pencemaran,stress,haba dan merokok.

Bagaimana dahsyatnya rokok sampai boleh 'bunuh' vitamin c ni?



-Nikotin menyebabkan tubuh badan  tidak mampu untuk menyimpan vitamin C dengan baik.
-Oleh sebab itu,perokok perlu ambil Vitamin C pada kadar yg banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.



KESAN MEROKOK PADA TUBUH BADAN :


DAN JUGA...



Sebabtu lah saya kata Vitamin C ni sangat penting untuk perokok.
Ia berfungsi untuk membersihkan darah dari nikotin yg boleh membawa kesan negatif seperti gambar di atas.


VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE



-Vita-C 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yg diperlukan tubuh.
-dilepaskan secara perlahan-lahan supaya dapat mengekalkan vitamin c yg berterusan dalam badan
-tiada perasa tiruan,pemanis,pewarna atau bahan pengawet tambahan.
-ada 180 biji /sebotol dan boleh tahan selama 3-4 bulan.
-Dengan harga serendah RM xx,ianya cukup berbaloi untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan!