Saturday, 28 December 2013

Panduan dan tips menyusu bayi

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni ramai sangat yang tanya saya,vitamin yang ada dalam SET MENYUSU SHAKLEE ni betul-betul boleh bagi susu keluar ke..and then tanya lagi vitamin ni sure ke boleh bagi susu jadi banyak..
Sebenarnya,kita makan vitamin ni untuk bantu jer..nama dia pun supplement..so,tak boleh la nak bergantung 100% kat supplement ni.



   Jadi bercakap mengenai topik SET MENYUSU SHAKLEE ni..asha nak berkongsi sedikit tips dengan anda tentang TEKNIK MENYUSU yang betul.Sebenarnya,masih ada lagi sebilangan ibu yang tidak tahu akan teknik yang betul semasa menyusu terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama dan juga ibu-ibu yang masih muda.Kerana di saat ini,mereka tiada pengalaman!
    So,asha harap tips-tips ini dapat membantu para ibu di luar sana,lepas ini boleh lah menyusu bayi anda dengan mudah dan relax!




yang pertama sekali mestilah....


1) SELESAKAN DIRI ANDA DAHULU!
-Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi.
-JANGAN duduk bersandar TERLALU JAUH dari bayi anda,kerana akan menyukarkan bayi untuk menyusu dan JANGAN DUDUK TERLALU MEMBONGKOK kerana ini akan menyebabkan belakang badan anda sakit/lengoh!
-Untuk lebih selesa lagi,boleh gunakan bantal lembut untuk ampu belakang badan anda.







2) CARA MEMEGANG BAYI SEMASA MENYUSU
-Kepala,tengkuk dan badan bayi berada dalam keadaan selari.
-Muka bayi menghadap payudara,hidung bayi bertentangan dgn puting payudara ibu.
-Bayi rapat dengan ibu dimana punggung,kepala dan bahu bayi diampu.


3) CARA MEMEGANG PAYUDARA
-Cara yang betul adalah pegangan 'C' dimana ibu jari di atas puting dan jari lain dibawah puting.


4) CARA PENYUSUAN
-Sentuh bibir bayi,tunggu sehingga bayi anda buka mulut.
-Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
-Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (AREOLA).
-Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara seperti cara no 3 di atas.





TEKNIK PELEKAPAN YANG BETUL SEMASA BAYI MENYUSU...IBU-IBU PLEASE TAKE NOTE YER!!!
(kalau anda tak nampak benda ni berlaku pada bayi anda,maknanya ada lah yang silap tu..so please refer balik cara-cara di atas tu yer)

CARA PELEKAPAN YANG BETUL :
-mulut bayi terbuka luas
-dagunya mencecah payudara
-bibir melekup keluar
-pipi bayi menggelembung
-payudara nampak penuh dan bulat
-terdengar nada hisapan

CARA PELEKAPAN YANG SALAH:
-dagu bayi jauh
-tidak banyak areola masuk ke dalam mulut bayi
-dagu tidak menyentuh payudara
-ibu rasa sakit
-payudara boleh bengkak dan luka.

#Selepas menyusu,jangan terus tarik jer payudara anda dari mulut bayi,sebab nanti boleh luka plak puting payudara..caranya..masukkan sikit hujung jari kelingking anda di tepi mulut bayi..bila bayi dah buka mulut dia sikit barulah jauhkan payudara anda dari mulut baby.



#Asha harap dengan tips-tips di atas tadi dapat membantu anda untuk menyusu bayi anda dengan lebih berkesan!

        Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,233 :
            "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama 2 tahun genap,iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu."









No comments:

Post a Comment