Wednesday, 4 December 2013

Wahai iman milik saudaraku...Dengarkanlah ini!

Assalamualaikum saudara & saudari sekalian...apa kabar iman anda hari ini? Semoga ketakwaan kita semakin bertambah kepadaNYA hari demi hari..dan tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNYA..Insya Allah!

Syukur Alhamdulillah Allah s.w.t masih memberikan rezeki yang melimpah-ruah kepada saya dan keluarga...Bersyukur kerana masih diberikan tubuh badan yang sihat,akal fikiran yang waras,kehidupan yang aman dikelilingi oleh orang tersayang..Jika dilihat pada hari ini,banjir yang sedang melanda Negeri tanah semenanjung..Pahang..Allahuakbar,,amat sedih sekali hati ini! Sedih melihat nasib anak-anak kecil dan ibu bapa yang terpaksa mendiami tempat sementara untuk mangsa-mangsa banjir..Hanya doa yang dapat saya titipkan buat kalian semua..Moga tabah menghadapi ujian Allah s.w.t ini.

UJIAN! Ujian boleh menjadikan seseorang bertambah rasa syukurnya kepada Sang Pencipta.Ujian juga terkadang membuatkan seseorang alpa dan terus leka..Ujian juga boleh mendatangkan amarah seseorang jika tidak betah diuji apatah lagi dikemudi!

Oleh itu,sebagai seorang hambaNYA..bijak-bijakkanlah iman kita..~peringatan juga buat diri sendiri~

Saya sebagai seorang hambaNYA yang kerdil,juga,biasa menerima ujian..malah rasanya selalu! Bukan untuk membanggakan diri,tetapi cukup sekadar berkongsi!

UJIAN saya tidak lari dari kehidupan hakiki.Dulu saya jahil..tetapi dengan ujianlah menyedarkan saya betapa hinanya diri ini..Allah masih memberi peluang kepada Hambanya..untuk memperbaiki diri..perbaiki hidup kerana melalui kehidupan inilah yang akan kita bawa untuk 'PULANG KE KAMPUNG HALAMAN'..di sana sentiasa MENANTI kita!

Cuba kita hitung berapa sudah amalan yang kita dah bekalkan untuk kita bawa KE SANA?
Allahuakbar,saya sendiri masih malu kepada Allah..Malu juga kepada kekasih kita..Rasulullah!Apa amalan kita sehari-hari dapat menemani kita di akhirat kelak? Sebagai hambaNYA marilah kita sama-sama berusaha selagi nyawa dikandung badan!

Jadikanlah setiap amalan kita pada hari ini,adalah NIAT kerana Allah s.w.t semata.

Semoga kita sentiasa perbaiki diri dan iman..supaya kelak diterima di taman syurgawi milik Allah azza wa jala!

Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment