Saturday, 28 December 2013

Panduan dan tips menyusu bayi

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni ramai sangat yang tanya saya,vitamin yang ada dalam SET MENYUSU SHAKLEE ni betul-betul boleh bagi susu keluar ke..and then tanya lagi vitamin ni sure ke boleh bagi susu jadi banyak..
Sebenarnya,kita makan vitamin ni untuk bantu jer..nama dia pun supplement..so,tak boleh la nak bergantung 100% kat supplement ni.



   Jadi bercakap mengenai topik SET MENYUSU SHAKLEE ni..asha nak berkongsi sedikit tips dengan anda tentang TEKNIK MENYUSU yang betul.Sebenarnya,masih ada lagi sebilangan ibu yang tidak tahu akan teknik yang betul semasa menyusu terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama dan juga ibu-ibu yang masih muda.Kerana di saat ini,mereka tiada pengalaman!
    So,asha harap tips-tips ini dapat membantu para ibu di luar sana,lepas ini boleh lah menyusu bayi anda dengan mudah dan relax!




yang pertama sekali mestilah....


1) SELESAKAN DIRI ANDA DAHULU!
-Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi.
-JANGAN duduk bersandar TERLALU JAUH dari bayi anda,kerana akan menyukarkan bayi untuk menyusu dan JANGAN DUDUK TERLALU MEMBONGKOK kerana ini akan menyebabkan belakang badan anda sakit/lengoh!
-Untuk lebih selesa lagi,boleh gunakan bantal lembut untuk ampu belakang badan anda.







2) CARA MEMEGANG BAYI SEMASA MENYUSU
-Kepala,tengkuk dan badan bayi berada dalam keadaan selari.
-Muka bayi menghadap payudara,hidung bayi bertentangan dgn puting payudara ibu.
-Bayi rapat dengan ibu dimana punggung,kepala dan bahu bayi diampu.


3) CARA MEMEGANG PAYUDARA
-Cara yang betul adalah pegangan 'C' dimana ibu jari di atas puting dan jari lain dibawah puting.


4) CARA PENYUSUAN
-Sentuh bibir bayi,tunggu sehingga bayi anda buka mulut.
-Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
-Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (AREOLA).
-Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara seperti cara no 3 di atas.





TEKNIK PELEKAPAN YANG BETUL SEMASA BAYI MENYUSU...IBU-IBU PLEASE TAKE NOTE YER!!!
(kalau anda tak nampak benda ni berlaku pada bayi anda,maknanya ada lah yang silap tu..so please refer balik cara-cara di atas tu yer)

CARA PELEKAPAN YANG BETUL :
-mulut bayi terbuka luas
-dagunya mencecah payudara
-bibir melekup keluar
-pipi bayi menggelembung
-payudara nampak penuh dan bulat
-terdengar nada hisapan

CARA PELEKAPAN YANG SALAH:
-dagu bayi jauh
-tidak banyak areola masuk ke dalam mulut bayi
-dagu tidak menyentuh payudara
-ibu rasa sakit
-payudara boleh bengkak dan luka.

#Selepas menyusu,jangan terus tarik jer payudara anda dari mulut bayi,sebab nanti boleh luka plak puting payudara..caranya..masukkan sikit hujung jari kelingking anda di tepi mulut bayi..bila bayi dah buka mulut dia sikit barulah jauhkan payudara anda dari mulut baby.



#Asha harap dengan tips-tips di atas tadi dapat membantu anda untuk menyusu bayi anda dengan lebih berkesan!

        Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,233 :
            "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama 2 tahun genap,iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu."









Wednesday, 18 December 2013

Diabetes mellitus!

Assalamualaikum...


Di negara ini ,jumlah kes penyakit Diabetes telah meningkat sebanyak hampir 230 % dalam tempoh 25 tahun.Pada tahun 2011 sahaja ia meningkat 20.8 % dengan andaian 2.5 juta rakyat di negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap Diabetes.-sumber Utusan Malaysia Disember 2013.




2.6 million Malaysians Down with Diabetes 

SILENT KILLER: 2.6m more not aware they are at risk of being diabetic

BUTTERWORTH: MALAYSIA has one of the world's highest number of diabetes cases among its population with 2.6 million registered patients.
What is more worrying is that an equal number of adults are facing the risk of being a diabetic without knowing it.
This has prompted the Health Ministry to call on all Malaysians with a high sugar level in their blood to have periodical medical check-ups.
Deputy Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin said yesterday that early detection was paramount for diabetes patients to avoid contracting serious complications such as sight deterioration, renal failure and impotency.-New Straits Times,30 April 2012.



Rasa gerun sangat bila tengok peratus orang yang menghidap penyakit kencing manis semakin meningkat.Bayangkan kalau dalam masa 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? Berapa juta lagi rakyat Malaysia yang akan 'DIMAKAN' oleh penyakit silent killer ni! 

Ok lah, kita tak payah tengok pada angka ataupun peratus tersebut.Apa yang penting cuba kita pandang diri kita sendiri dan insan-insan yang kita sayang di sekeliling kita.Dalam masa 10 tahun dari sekarang..adakah kita salah seorang calon bertuah yang akan menyumbang kepada peningkatan peratus tersebut? Ohh..hooo...NO!
TIDAK BUKAN.

 Tentulah kita tak sanggup nak merana dengan segala macam ubat kan.Lepas tu,hari-hari kena cucuk!Ouchhh...sakit tau! 


Kena korbankan masa kita pula pi jumpa doktor untuk TCA (rawatan susulan)..bukan sebulan dua jer pi jumpa doktor lepas tu dah baik.Tidak Tidak. Kena melalui semua proses ni selama seumur hidup. Makan ubat,cucuk,jumpa doktor.Tu tak kira lagi dari segi pemakanan yang nak kena jaga DAN jugak pasal serangan DIABETES KETOASIDOSIS,yang boleh MERAGUT NYAWA tuannya.
Moga kita semua dijauhkan dari penyakit ini yer...amin.

Baiklah,sebagai individu yang masih SIHAT..(alhamdulillah),kita janganlah lepas pandang pulak hal-hal macam ni..mentang-mentanglah tak da penyakit kronik macam ni..dah boleh eksyen.Jangan ya..apa yang ada pada diri kita semuanya adalah HAK ALLAH.

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN !

Apa yang kita nak buat sebagai langkah berjaga-jaga? Selain kita jaga corak pemakanan,kita pelulah bersenam.Jaga jugak berat badan,elak obes yer.Sebab obes juga menyumbang kepada penyakit ni.Selain itu,saya sarankan ambiklah supplement untuk mencegah. Bak kata pepatah melayu,'Mencegah lebih baik daripada merawat.'


VIVIX SHAKLEE TERBAIK UNTUK KENCING MANIS!




APA ITU VIVIX?
Vivix adalah sejenis minuman campuran botani. Ia merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol di mana mengandungi khasiat antioksidan,anti-inflamasi dan anti-kanser.Vivix telah diperkaya dengan ramuan khas iaitu Resveratrol.

aishahdania60.blogspot.com

APA ITU RESVERATROL ?
-Merupakan sejenis antioksida yg terdapat dalam buah anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah.
-Menurut kajian klinikal,Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yg rosak akibat radikal bebas.


4  Mekanisma Utama Penuaan :

1) Kerosakan DNA -Setiap hari,sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA.Oleh itu,ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2) Pengawalan Genetik - Ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yg menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3) Pengeluaran Tenaga yang kian menurun oleh sel-sel - Mitochondria ( penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yg kita perlukan.Apabila kecekapan mitochondria menurun,fungsi sel turut menurun.
Vivix akan menggalakkan biogenesis( pembentukan baru ) mitochondria utk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4) Penimbunan Protein AGE ( advanced glycation end products) - Hal ini boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yg akan mengganggu keutuhan sel dan jangka hayat. Vivix adalah 10x lebih kuat dari RESVERATROL (kandungan unik dalam anggur " muscadine" ) utk melambatkan pembentukan protein AGE.


MANFAAT UTAMA VIVIX SELAIN PADA DIABETES?



~ Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari,sebaik-baiknya selepas makan ( seperti sarapan/makan tengahari). 
~ 1 botol vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

* produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Saturday, 7 December 2013

Indahnya berbisnes dengan shaklee!

Assalamualaikum...

Sejak beberapa hari ni,ramai yang bertanya pada saya pasal business yang saya buat sekarang ni.Ada jugak yang tanya macam mana saya buat business tapi tak pernah nampak pun saya keluar pi jumpa customer.Hehe..itulah saya nak cerita ni..



Untuk pengetahuan anda semua,saya baru join business ni 2 bulan yang sudah.Apa yang boleh saya katakan tentang diri saya setelah join shaklee ni : "AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG"..hehe
Dulu saya memang tak pandai langsung bab-bab nak berniaga ni..dah la saya ni jenis yang pendiam,pulak tu malu..adeh macam tu ker nak berniaga ehh..huhu

Bagi saya  berniaga ni buat pening kepala jer, nak memikir itu lah ini lah..macam-macam hal.Dah la tu pulak ada business yang kena guna modal besar tapi alih-alih,kalau tak pandai nak kawal,jawabnya gulung tikar lerr.Lepas tu,kalau bab-bab nak kena pi jumpa customer ni lah paling 'leceh' sekali..kena ada commitment yang cukup tinggi!

Walaupun saya tak suka menjual,tapi ada jugaklah dalam hati ni sekelumit perasaan teringin tue..hikhikhik!
Yelah,mana tak teringinnya tengok orang dok post bagai kat fb pasal diaorng boleh dapat side income sampai 4-5-6 angka! Mana tak teringinnya kan.

Tapi bila tanya jer business diaorang ni macam mana,ada yang tak nak cakap.Kalau nak tahu, lepas tu mesti confirm kena join..Main paksa-paksa pulak!Ada jugak bila ditanya,modal dia sampai 4 angka! Makk aihhh...huhu

TAKDIR ALLAH MENEMUKAN SAYA DENGAN SHAKLEE!

Mulanya nak cari produk apa yang sesuai untuk muka saya yang berminyak dan berjerawat ni.Hampir setiap hari saya akan google pasal shaklee sampailah saya terjumpa satu blog ni dia ceritakan pasal keistimewaan menjadi ahli dan hebatnya berbisnes dengan SHAKLEE!
Setiap hari saya dok baca benda yang sama jer..tak jemu! Sebab shaklee ni dah sikit-sikit mula curi hati saya.

Lepas sebulan saya kumpul maklumat pasal produk dan baca testimoni orang ramai yang dah berjaya menyelesaikan masalah mereka,saya akhirnya contact pemilik blog tersebut..Master Maria Firdaus.Kalau anda semua nak tahu,selalu jugaklah saya akan bukak blog kak maria ni..Suka sangat baca entry yang beliau selalu share.Saya pun tak tahu kenapa saya nervous sangat masa first time saya mesej kak maria tanya pasal produk apa yang sesuai untuk masalah muka saya.Padahal mesej tanya produk jer pun..Lepas kak maria reply,punyalah happy! Lepas deal dengan beliau,hmm apalagi memang tak sabar gilerr tunggu barang sampai umah!Hehe.
Lepas sehari-sehari, saya makan vitamin yang telah disyorkan dengan mengikut jadual dia yang betul.Lepas sebulan,alhamdulillah memang ada kesannya! Bukan setakat di muka,tapi juga dari segi dalaman.


MULA TERJUN KE DUNIA PERNIAGAAN! SHAKLEE HERE I COMEEEEEEE....!!!



Lepas sebulan dari tu,saya mula nak join bisnes.Sebabnya,ramai yang tanyakan perubahan kulit muka saya dan produk apa yang saya pakai.Setelah saya betul-betul bersedia,terus saya mesej kak maria.'kak,asha nak join bisnes shaklee ni.' Dan alhamdulillah,dengan modal yang cukup rendah XX,saya berjaya menjadi ahli shaklee dan secara automatiknya menjadi 'SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR'.

Saya ingatkan lepas kita jadi ahli,maknanya kita akan bergerak sendiri-sendiri.Tetapi tidak.Kak maria siap  hadiahkan  saya seorang 'mummy' lagi.Seorang wanita yang cukup hebat.Namanya Kak Salmiza.Kak Salmiza ni lah yang akan tolong saya kalau ada apa-apa problem dan akan guide kita macam mana nak bergerak maju dalam shaklee.Rupa-rupanya,business ni kalau kita tahu caranya,senang jer!


MAGIC dari  SHAKLEE!

Dan kini,alhamdulillah berkat usaha dan doa,pada bulan yang ke-dua ni,saya berjaya mencapai 3 angka! Amazing kan..Inilah yang dikatakan MAGIC..magic dari ALLAH s.w.t untuk hambanya..
Dalam business ni,kita tak perlu susah-susah pi jumpa customer ke,pi cari customer ke..apatah lagi,nak jual produk ni kat mana-mana! Anda rasa bunyinya pelik tak??? kata tadi business,lepastu tak payah jumpa customer tak payah cari customer,habis macam mana nak jual produk tu??
Kalau ANDA rasa nak tahu atau teringin giler nak tahu,boleh hubungi saya ya..


Alhamdulillah..saya sangat bertuah kerana dapat join business ni.Ini semua dengan IZIN dari NYA.

Bagi sesiapa yang berminat atau hanya teringin nak tahu bisnes ni macam mana..boleh hubungi saya.Insya allah,saya akan bagitau kepada anda TANPA RAHSIA-rahsia.
~with love,
 aishah.



                                       
                                         email : daishah60@gmail.com
                                         tel/sms/wassup: 012-5689294



Wednesday, 4 December 2013

Wahai iman milik saudaraku...Dengarkanlah ini!

Assalamualaikum saudara & saudari sekalian...apa kabar iman anda hari ini? Semoga ketakwaan kita semakin bertambah kepadaNYA hari demi hari..dan tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNYA..Insya Allah!

Syukur Alhamdulillah Allah s.w.t masih memberikan rezeki yang melimpah-ruah kepada saya dan keluarga...Bersyukur kerana masih diberikan tubuh badan yang sihat,akal fikiran yang waras,kehidupan yang aman dikelilingi oleh orang tersayang..Jika dilihat pada hari ini,banjir yang sedang melanda Negeri tanah semenanjung..Pahang..Allahuakbar,,amat sedih sekali hati ini! Sedih melihat nasib anak-anak kecil dan ibu bapa yang terpaksa mendiami tempat sementara untuk mangsa-mangsa banjir..Hanya doa yang dapat saya titipkan buat kalian semua..Moga tabah menghadapi ujian Allah s.w.t ini.

UJIAN! Ujian boleh menjadikan seseorang bertambah rasa syukurnya kepada Sang Pencipta.Ujian juga terkadang membuatkan seseorang alpa dan terus leka..Ujian juga boleh mendatangkan amarah seseorang jika tidak betah diuji apatah lagi dikemudi!

Oleh itu,sebagai seorang hambaNYA..bijak-bijakkanlah iman kita..~peringatan juga buat diri sendiri~

Saya sebagai seorang hambaNYA yang kerdil,juga,biasa menerima ujian..malah rasanya selalu! Bukan untuk membanggakan diri,tetapi cukup sekadar berkongsi!

UJIAN saya tidak lari dari kehidupan hakiki.Dulu saya jahil..tetapi dengan ujianlah menyedarkan saya betapa hinanya diri ini..Allah masih memberi peluang kepada Hambanya..untuk memperbaiki diri..perbaiki hidup kerana melalui kehidupan inilah yang akan kita bawa untuk 'PULANG KE KAMPUNG HALAMAN'..di sana sentiasa MENANTI kita!

Cuba kita hitung berapa sudah amalan yang kita dah bekalkan untuk kita bawa KE SANA?
Allahuakbar,saya sendiri masih malu kepada Allah..Malu juga kepada kekasih kita..Rasulullah!Apa amalan kita sehari-hari dapat menemani kita di akhirat kelak? Sebagai hambaNYA marilah kita sama-sama berusaha selagi nyawa dikandung badan!

Jadikanlah setiap amalan kita pada hari ini,adalah NIAT kerana Allah s.w.t semata.

Semoga kita sentiasa perbaiki diri dan iman..supaya kelak diterima di taman syurgawi milik Allah azza wa jala!

Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, 3 December 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini dah tanggal 3 Disember 2013..Bulan November baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu.Sekejap saja masa itu berlalu.

Bulan November yang lepas telah mencatatkan satu lagi sejarah yang manis dalam kamus hidup saya.Nak tahu kenapa?? Sebabnya,dalam bulan tersebutlah saya dapat meningkatkan prestasi saya dalam bidang bisness ni.Buktinya saya berjaya mencapai target dalam shaklee! 

Untuk pengetahuan anda semua,saya baru sahaja join bisness shaklee ni 2 bulan yang lepas.Dan 30 November baru-baru ni,closing date dia! Alangkah gembiranya hati ni,sebab untuk bulan yang ke 2,saya dah boleh capai 3 angka..!!! Subhanallah..Maha suci Allah.Betapa murahnya rezeki Allah itu,bila niat hati kita nak tolong orang lain..Dan yang tak disangka-sangka lagi,saya dapat 'anak' baru ..Memang kuasa Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..Dia nak tengok umat Nabi Muhammad berjaya di dunia dan akhirat..

Bila dah dapat capai 3 angka ni,semangat saya lagi bertambah dalam bidang bisness ni.Tambah pula,berada dalam group yang dikelilingi oleh orang yang hebat-hebat belaka.Bila selalu baca kisah kejayaan mereka,akan ada semangat baru yang meresap dalam jiwa ni..senang kata MAGIC AURA lah gitu..hehe

Memang tak salah langkah lah saya pilih bisness shaklee ni.Dengan modal yang rendah serendah rendahnya..saya berjaya capai 3 angka dalam bulan ke 2..Tak ke Magic katernyer tu..Magic dari Allah!

Insya allah,untuk bulan yang ketiga ni pula..saya akan lebih usaha lagi dengan gigih!Disamping itu juga,nak tambah pengetahuan berkaitan dunia berbisness dengan sifu-sifu yang sangat hebat dalam group saya ni..

~sekian sahaja,untuk kali ini..insya allah next entry nanti saya akan kongsikan dengan anda semua..tentang Indahnya berbisness dengan Shaklee! 

~Dan kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai bisness ni ataupun berminat boleh terus hubungi saya.
012-5689294/ Aishah